Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  MUHAMAD HUSNI BIN MAHMUD   04-26226317 muhamadhusni[at]penang[dot]gov[dot]my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PELAKSANAAN  ( 05/08/2023 )
 KETERANGAN :

SEKSYEN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK

Mengadakan sesi libat urus bagi menangani isu-isu berkaitan yang melibatkan Kerajaan Tempatan

Menyediakan latihan dan kursus berkaitan Kerajaan Tempatan kepada Pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (penganjuran persidangan / kursus / lawatan)

Memudahcara dan menguruskan permohonan daripada syarikat penyedia teknologi / perkhidmatan

Memproses permohonan Rayuan Lesen Hiburan Awam Negeri Pulau Pinang 

Menguruskan dan mengendalikan pelantikan Ahli Majlis Negeri Pulau Pinang 

Memproses permohonan pertukaran nama jalan / lebuhraya / taman / sungai / bukit / gunung / pulau / tempat / kawasan atau entiti geografi yang lain melalui Jawatankuasa Negeri Nama Geografi (JNNG) Pulau Pinang


SEKSYEN KESEJAHTERAAN BANDAR

Mengadakan sesi libat urus bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan melibatkan inisiatif pintar

Menyediakan latihan dan kursus berkaitan teknologi/ inisiatif pintar kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri melalui penganjuran persidangan, kursus dan lawatan. 

Memudahcara dan menguruskan permohonan daripada syarikat penyedia teknologi/ perkhidmatan. 

Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pelaksanaan inisiatif pintar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui penganjuran program kesedaran seperti seminar dan bengkel berkaitan inisiatif pintar bersama pihak-pihak berkepentingan. 

Melaksanakan keputusan-keputusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan yang melibatkan isu kemampanan bandar dan kesihatan persekitaran. 

Menyediakan dokumen Voluntary Subnational Review (VSR) untuk melaporkan pencapaian dan perancangan SDG.


UNIT PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Mengadakan sesi libat urus, mengurus dan melaksanakan isu-isu berkaitan yang melibatkan Kerajaan Tempatan berkaitan pengurusan sisa pepejal.

Menyediakan latihan dan kursus berkaitan teknologi/perancangan pengurusan sisa pepejal (penganjuran persidangan/kursus/lawatan). 

Memudahcara dan menguruskan syarikat penyedia teknologi/perkhidmatan.

 

UNIT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

Mengadakan sesi libat urus, mengurus dan melaksanakan isu-isu berkaitan yang melibatkan Kerajaan Tempatan berkaitan pembangunan infrastruktur komunikasi di Negeri Pulau Pinang bersama semua pemegang taruh.

Menyediakan latihan dan bengkel berkaitan pembangunan infrastruktur komunikasi kepada jabatan/agensi yang terlibat.

Membantu serta memudahcara semua isu yang dihadapi oleh pemain industri dalam meningkatkan pembangunan infrastruktur komunikasi di Negeri Pulau Pinang. 

Menjalankan proses pemutihan infrastruktur komunikasi yang tidak mempunyai permit.  

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada