Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  RAFIDAH BINTI ABDUL MAJID   04-5497520 rafidah@mbsp.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : KOMPAUN DAN SAMAN  ( 03/06/2011 )
 KETERANGAN :

1. Menguatkuasakan undang-undang yang diterimapakai oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai

2. Mewujudkan golongan masyarakat yang benar-benar mematuhi, menghargai dan menghormati undang-undang Majlis Perbandaran Seberang Perai

3. Menjalankan pendakwaan di Mahkamah

4. Mengkompaunkan kesalahan

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

1. Bolehkan bayaran kompaun letak kereta dikurangkan? Anda boleh berjumpa dengan pegawai kompaun di kaunter pusat, MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, untuk mendapatkan pengurangan bayaran kompaun. 2. Apakah tindakan MPSP jika kompaun letak kereta tidak dijelaskan? Tindakan mahkamah akan diambil ke atas pelaku kesalahan. 3. Sekiranya saya telah jual kenderaan yang kena kompaun, adakah saya perlu bayar kompaun tersebut walaupun kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak lain? Anda perlu kemukakan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa anda bukan pemunya pada masa kesalahan. 4. Sekiranya saya tidak membayar kompaun yang telah dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan, bilakah tindakan mahkamah diambil terhadap saya? Paling cepat 1 bulan dari tarikh kompaun. 5. Berapa denda yang biasa dikenakan oleh mahkamah? Jumlah denda bergantung kepada budibicara Majistret tetapi denda maksimum adalah RM300 6. Bolehkan saman diselesaikan di MPSP? Tidak boleh. Hanya kompaun sahaja boleh dijelaskan di MPSP. 7. Jika saya mempunyai banyak kompaun dan tempoh penyelesaian yang ditetapkan dalam kompaun sudah tamat, bolehkah saya dapat pengurangan untuk kompaun tersebut? Anda boleh berjumpa dengan pegawai kompaun di kaunter pusat, MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam, untuk pengurangan. 8. Di manakah tempat untuk membuat pengurangan kompaun? Pengurangan kompaun hanya boleh dibuat di kaunter pusat, MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam. 9. Di manakah saya perlu rujuk jika saya mempunyai kemusykilan tentang saman? Anda boleh berjumpa dengan Pegawai Pendakwa di Jabatan Undang-Undang, MPSP, Tingkat 9, Jalan Perda Utama, Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam. 10. Saya tidak pernah memiliki kenderaan tetapi saya menerima saman/notis atas nama saya? Anda diminta datang ke Jabatan Undang-Undang dan semakan semula akan dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengetahui pemilik kenderaan tersebut. 11. Mengapa MPSP mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan notis/saman? Sebelum ini, MPSP menggunakan sistem secara manual tetapi kini MPSP telah menggunakan sistem berkomputer secara "online" di mana semakan semula perlu di buat untuk memastikan segala rekod terdahulu dimasukkan dalam sistem baru. Hal ini penting supaya setiap kompaun yang telah dibayar tidak dibuat saman. 12. Saya telah membayar kompaun tetapi dalam sistem komputer tidak menunjukkan bahawa pembayaran telah dibuat? Anda diminta menghubungi MPSP di talian 5497697 dan semakan akan dibuat. 13. Sekiranya saya membeli stiker bulanan, bolehkah ianya digunakan untuk kenderaan yang berlainan? Tidak boleh kerana satu stiker untuk satu kenderaan sahaja.

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada