Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  ABD LATIF BIN YAMAN   04-5497497 latif@mbsp.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PENUKARAN ALAMAT POS  ( 02/03/2020 )
 KETERANGAN :

 

Laman ini disediakan bagi membolehkan pembayar cukai yang memiliki harta di kawasan Majlis Bandaraya Seberang Perai membuat penukaran alamat pos serta mengemaskini data pengguna. Ini adalah untuk memastikan semua bil - bil taksiran dapat dihantar ke alamat surat menyurat pembayar cukai. Sekiranya tiada notis diberi atau pemberitahuan oleh pembayar cukai maka semua bil taksiran akan dihantar ke alamat harta.  Sila kunjungi laman web MBSP untuk keterangan lanjut di www.mbsp.gov.my
 :: Soalan-soalan yang berkaitan

BAGAIMANA PERMOHONAN PENUKARAN ALAMAT POS BOLEH DIBUAT? Anda boleh memohon dengan mengikuti cara: 1. Memohon melalui laman web rasmi MPSP http://www.mpsp.gov.my/ 2. Mengimbas QR code yang terdapat pada bil taksiran. 3. Mengisi Borang Permohonan Penukaran Alamat Pos yang disediakan oleh MPSP. BILA BIL TAKSIRAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT POS BARU? MPSP mengeluarkan bil taksiran sebanyak 2 kali setahun iaitu cetakan pada bulan Disember adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun pertama dan cetakan pada bulan Jun adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun kedua. Cetakan bil taksiran mengikut alamat pos yang baru hanya akan dihantar mengikut tempoh masa seperti berikut: 1. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Mei hingga 14hb Oct (dalam tahun berkenaan), bil taksiran pemohon akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun pertama tahun berikutnya. 2. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Oct (tahun berkenaan) hingga 14hb Mei (tahun berikutnya), bil taksiran pemohon tersebut akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun kedua tahun berikutnya. MEMOHON PENUKARAN ALAMAT POS MELALUI LAMAN WEB? Ya, kini anda boleh memohon menukar alamat pos melalui laman web. MEMOHON PENUKARAN ALAMAT POS MELALUI BORANG? Anda boleh mendapatkan borang permohonan penukaran alamat pos dengan mencetakkan keluar. Sila tekan disini untuk mencetak Borang Penukaran Alamat Pos (SP20B1).

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
SP20B1.pdf BORANG PENUKARAN ALAMAT POS BIL CUKAI TAKSIRAN
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • www.mbsp.gov.my