Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  NADEEYA BINTI IQBAL   04-8689445 nadeeya[dot]iqbal[at]penang[dot]gov[dot]my
  SITI HABSAH BINTI YUSOFF   04-8689463 sitihabsah[dot]penang[dot]gov[dot]my
  AHMAD NIZAM BIN KASSIM   04-8689446 ahmad_nizam[at]penang[dot]gov[dot]my
  NUR AZLINA BINTI ABD MANAP   04-8689447 nur_azlina[at]penang[dot]gov[dot]my
  SITI SALWA BINTI AWANG   04-8689428 sitisalwa[at]penang[dot]gov[dot]my
  AHMAD BAKRI BIN BAHAROM   04-8689449 ahmadbakri[at]penang[dot]gov[dot]my
  AZLIZAWATI BINTI HASAK   04-8689448 azlizawati[at]penang[dot]gov[dot]my
  QHAIRUL ANNAS BIN ABDUL GHANI   04-8689448 qhairulannas[at]penang[dot]gov[dot]my
  NURFARINA AIDA BINTI AIDARUS   04-8689450 nurfarina_aida[at]penang[dot]gov[dot]my
  AIDA MAWAR BINTI AHMAD   04-8689450 aidamawar[at]penang[dot]gov[dot]my
  SALINA BINTI SUNTONG   04-8689465 salinasuntong[at]penang[dot]gov[dot]my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PEMBERIMILIKAN TANAH KERAJAAN  ( 20/12/2021 )
 KETERANGAN :

 

1.         DEFINISI
 
Tanah, pada mulanya, terletak hak pada Kerajaan Negeri.  Ianya kemudiannya, membenarkan penggunaannya atau pendudukan di atasnya secara pegangan hakmilik, lesen pendudukan sementara, atau secara perizapan, atau untuk pengeluaran bahan batuan yang diberi secara pengeluaran permit atau apa-apa hak lain di bawah KTN.  Apabila pemberimilikan disempurnakan, iaitu setelah hakmilik bagi sesekeping tanah itu didaftarkan, hak atasnya berpindah daripada Pihak Berkuasa Negeri kepada orang atau badan yang namanya tercatat dalam hakmilik itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.  Petuntukan-peruntukan berhubung pemberimilikan kebanyakannya didapati di Bahagian Lima KTN.
Dalam seksyen 5, KTN, “berimilik” bermakna “melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun, sebagai balasan bayaran cukai tanah, dan selainnya selaras dengan peruntukan seksyen 76, atau apabila digunakan  berkaitan dengan tempoh sebelum mula berkuatkuasa Akta ini, untuk melupuskan tanah Kerajaan untuk selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun di bawah undang-undang tanah terdahulu (yang bukannya undang-undang mengenai lombong).  Dalam seksyen yang sama “tanah  berimilik” bermakna “mana-mana tanah (termasuk mana-mana petak bangunan yang dipecah bahagi) berkenaan dengannya suatu hakmilik berdaftar pada masa itu sedia ada baginya, sama ada tetap atau sementara, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk suatu tempoh beberapa tahun, dan sama ada diberikan oleh oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini atau dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang tanah terdahulu, tetapi tidak termasuk tanah lombong”.
2.         PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
 
2.1         Seksyen 43, KTN.
Orang-orang dan badan-badan kepada siapa tanah boleh dilupuskan.
Tertakluk kepada peruntukan – peruntukan Bahagian Tiga Puluh Tiga ( A ), kuasa pelupusan yang diberi kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen 42 bolehlah dijalankan hanya bagi memihak, dan permohonan untuk menjalankan kuasa itu bolehlah diterima hanya daripada, orang – orang atau badan – badan berikut :-
(a)      orang – orang benar selain daripada remaja;
(b)      perbadanan – perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah;
(c)      raja – raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan – peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular ,1957;
(d)       badan – badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana – mana undang – undang bertulis lain :
Dengan syarat bahawa tidaklah perlu bagi sesebuah perbadanan mempunyai kuasa memegang tanah untuk membolehkanya memohon, dan dikeluarkan kepadanya, suatu permit untuk mengeluarkan dan mengambil bahan – bahan batuan.
 
 
2.2       Seksyen 76, KTN.
Pengertian Pemberimilikan
Pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada pelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri –
(a)  untuk suatu tempoh yang tidak melebihi dari sembilan puluh sembilan tahun ;
(aa) buat selama – lamanya –
(i)                jika sekiranya Kerajaan Persekutuan memerlukan Pihak Berkuasa Negeri menyebabkan geran buat selama – lamanya dibuat kepada pihak berkuasa awam atau jika sekiranya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat suatu geran buat selama – lamanya kepada Kerajaan Persekutuan ;
(ii)              jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam ; atau
(iii)             jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan – keadaan khas yang memerlukan ia dibuat demikian ;
(b) sebagai balasan pembayaran sewa tahunan;
(c) sebagai balasan pembayaran premium, melainkan Pihak Berkuasa Negeri fikirkan sesuai untuk melepaskan daripadanya dalam mana – mana kes tertentu ;
 
 
(d) tertakluk, melainkan Pihak Berkuasa Negeri mengarahkan sebaliknya menurut subseksyen ( 5 ) seksyen 52, kepada suatu kategori penggunaan tanah yang ditentukan selaras dengan subseksyen (2) dan (3) seksyen itu ; dan
(e) tertakluk kepada apa – apa syarat dan sekatan kepentingan sebagaimana yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah, atau yang boleh dipakai kepadanya menurut kuasa, mana – mana peruntukan Akta ini :
Dengan syarat bahawa tiada apa jua dalam perenggan (aa) akan membolehkan Pihak Berkuasa Negeri untuk melupuskan mana – mana bahagian tepi pantai atau dasar laut untuk suatu tempoh melebihi sembilan puluh sembilan tahun; dan perenggan (d) tidak akan dipakai mengenai pemberimilikan tanah di bawah Akta ini menurut kelulusan yang diberi oleh Pihak Berkuasa Negeri Sebelum Akta ini.

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
PMP senarai semak.doc SENARAI SEMAK BAGI PERMOHONAN PEMBERIMILIKAN TANAH
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada