Pengisian jawatan-jawatan kosong di PDC akan diiklankan dalam surat-surat khabar, The Star, Sinar Harian, Kwong Wah Yit Poh dan Malaysia Nanban dan juga laman web PDC dengan menyatakan antara lain nama jawatan, taraf pelantikan, nama skim perkhidmatan, jadual gaji, imbuhan-imbuhan yang diberi, jumlah kekosongan, kelayakan akademik dan kelayakan lain yang dikehendaki, taraf kewarganegaraan pemohon, syarat-syarat umum, tarikh tutup permohonan dan alamat ke mana permohonan patut dikirimkan. |