Sebagai Pihakberkuasa Jalan di kawasan bandaraya George Town dan Zon Perindustrian Bebas, Majlis menjalankan kerja penyenggaraan jalan awam di dalam kawasan-kawasan tersebut.
Kerja penyenggaraan jalan yang dilaksanakan oleh MBPP termasuk tugas-tugas seperti berikut:
i) Menurap semula jalan
ii) Menampung lopak jalan dan lorong belakang
iii) Membaiki gegili/bebendul jalan dan parit tepi jalan
iv) memotong rumput pada bahu jalan