Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : KANAK-KANAK AKHLAK  ( 17/01/2017 )
 KETERANGAN :
PERKHIDMATAN INSTITUSI (PERLINDUNGAN)
 
RUMAH KANAK-KANAK
untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak dan menggalakan pertumbuhan dan pekembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni. Kemasukan kanak-kanak ini atas perintah mahkamah dibawah Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh perlindungan selama 3 tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut mana-mana lebih pendek.
 
SEKOLAH TUNAS BAKTI
Untuk memberi pemulihan kepada kank-kank yang terlibat dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak terkawal melalui membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan keterampilan diri yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. Kemasukan kanak-kanak ini atas perintah mahkamah dibawah Akta Kanak-Kanak 2001. Tempoh pemulihan selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan kelulusan Menteri.
 
ASRAMA AKHLAK
Untuk memberi pemulihan dan jagaan kepada kanak-kanak yang masih menjalani perintah mahkamah bagi cubaan akhlak. Untuk memberi jagaan kepada kank-kanak bagi kes tahan sementara. Kemasukan kanak-kanak ini atas perintah mahkamah dibawah Akta Kanak-Kanak 2001. Tahan sementara; sehingga mahkamah mengeluarkan perintah tetap, cubaan akhlak; tidak melebihi 12 bulan, pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti; tidak melebihi 2 minggu.
 
PERKHIDMATAN LUAR
ANAK PELIHARA
Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betuldan mendapatkan kasih sayang.
 
PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK)
Ditubuhkan di negeri dan daerah sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.
Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) menyediakan perkhidmatan seperti pusat jagaan, kelas tuisyen, khimat kaunseling, kelas komputer dan lain-lain.
 
JAWATANKUASA KEBAJIKAN KANAK-KANAK (JKK)
Keanggotaan ahli JKK terdiri dari anggota masyarakat setempat dengan pelbagai latar belakang profesion, akademik, tokoh agama belia dll.. Peranan JKK 
adalah seperti aktiviti pencegahan jenayah dahn kerosakan akhlak serta kebajikan kanak-kanak.
 
TASKA 1MALAYSIA
Membantu golongan wanita yang tidak berkemampuan mendapat perkhidmatan pengasuh dan pendidikan awal.
 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada