Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA  ( 13/05/2010 )
 KETERANGAN :

Pengenalan:

  • Pendaftaran orang kurang upaya adalah bertujuan untuk mengumpul data bagi perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan, kesihatan dan pendidikan serta intervensi awal orang kurang upaya. Pendaftaran orang kurang upaya digalakkan dan dibuat atas dasar sukarela.


 

Definisi OKU:

  • Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
    • 'Orang Kurang Upaya' termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Objektif OKU:

  • Untuk mengetahui bilangan dan taburan orang kurang upaya di negara ini.
  • Untuk mengenal pasti bilangan OKU mengikut jenis-jenis kurang upaya
  • Untuk merancang program-program latihan, pendidikan dan pemulihan yang sesuai bagi orang kurang upaya.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan untuk orang kurang upaya
 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada