Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)
Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
Geran Pelancaran (GP)
Bertujuan memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil dan memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk berdikari dan meningkatkantaraf hidup mereka tanpa bergantung lagi kepada bantuan kerajaan. Geran ini membolehkan orang kurang upaya melancarkan rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan usaha sendiri. Had maksimum geran pelancaran ialah RM2,700.00 sekaligus dengan tempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3) bulan.
Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
- Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya bekerja dan terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:
Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.