Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT DAN PESALAH MUDA  ( 23/07/2013 )
 KETERANGAN :

Kumpulan Sasar

Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan dibawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.


Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat

  1. Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
  2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :
    • Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
    • Pemulihan - dengan merangsang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda
    • Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

Teras Aktiviti PKM

  • Kerja tanpa bayaran
  • Pembentukan Modal Insan
  • Pengurusan Pesalah muda dalam masyarakat
 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada