BAGAIMANA PERMOHONAN PENUKARAN ALAMAT POS BOLEH DIBUAT?
Anda boleh memohon dengan mengikuti cara:
1. Memohon melalui laman web rasmi MPSP http://www.mpsp.gov.my/
2. Mengimbas QR code yang terdapat pada bil taksiran.
3. Mengisi Borang Permohonan Penukaran Alamat Pos yang disediakan oleh MPSP.
BILA BIL TAKSIRAN AKAN DIHANTAR KE ALAMAT POS BARU?
MPSP mengeluarkan bil taksiran sebanyak 2 kali setahun iaitu cetakan pada bulan Disember adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun pertama dan cetakan pada bulan Jun adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun kedua. Cetakan bil taksiran mengikut alamat pos yang baru hanya akan dihantar mengikut tempoh masa seperti berikut:
1. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Mei hingga 14hb Oct (dalam tahun berkenaan), bil taksiran pemohon akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun pertama tahun berikutnya.
2. Pemohon yang membuat penukaran alamat pos dari tarikh 15hb Oct (tahun berkenaan) hingga 14hb Mei (tahun berikutnya), bil taksiran pemohon tersebut akan dihantar ke alamat pos baru pada setengah tahun kedua tahun berikutnya.
MEMOHON PENUKARAN ALAMAT POS MELALUI LAMAN WEB?
Ya, kini anda boleh memohon menukar alamat pos melalui laman web.
MEMOHON PENUKARAN ALAMAT POS MELALUI BORANG?
Anda boleh mendapatkan borang permohonan penukaran alamat pos dengan mencetakkan keluar. Sila tekan disini untuk mencetak Borang Penukaran Alamat Pos (SP20B1).
|