Bantuan Untuk Menampung Kos Pendaftaran Memasuki Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM4000.00
2. Ibu / Bapa / Penjaga mesti merupakan pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
3. Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon.Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus / Program
Pendidikan Jarak Jauh tidak layak memohon.
4. Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor /
Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai
Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja.
5. Bantuan hanya melibatkan tawaran kemasukan ke IPTA bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja.
6. Pemohon boleh terdiri daripada pelajar / ibu / bapa / penjaga.
7. Keputusan pemberian bantuan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
DOKUMEN PENGESAHAN
1. Salinan surat tawaran ke IPTA dan slip pembayaran yuran pendaftaran IPTA.
2. Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu, bapa / penjaga.
3. Salinan Penyata Gaji terbaru / Kad Pesara / borang pengesahan pendapatan Ibu /Bapa / Penjaga. Ibu / Bapa / Penjaga yang tiada pendapatan
tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
4. Salinan muka depan buku bank atau penyata ringkas akaun bank (bagi yang tiada buku bank) penerima sama ada penerima tersebut adalah
pelajar / ibu / bapa / penjaga