Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERMOHONAN MENDUDUKI KUATERS KERAJAAN  ( 03/12/2012 )
 KETERANGAN :

Kuarters Kerajaan di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah SPT terdiri dari Rumah Khas Jawatan dan juga Rumah Biasa Kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Daerah SPT adalah layak untuk memohon menduduki rumah-rumah tersebut tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.

Kadar Sewaan Rumah Kerajaan di Negeri Pulau Pinang telah dinyatakan di dalam  Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Bil. 1 Tahun 2007 iaitu;  ditetapkan mengikut kelayakan Insentif Tetap Perumahan (ITP) pegawai berkenaan dan akan berubah selaras dengan perubahan ITP pegawai berkenaan.  Kadar sewaan tersebut adalah seperti berikut:

Gred Sistem Saraan Malaysia
Kadar Sewaan
(RM / sebulan)
Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan
53 dan 54
900.00
C /B
47 hingga 52
700.00
C
45 dan 46
700.00
D / C
41 hingga 44
250.00
D / C
31 hingga 40
180.00
E / D
27 hingga 30
180.00
E
21 hingga 26
180.00
F / E
13 hingga 20
180.00
G
1 hingga 12
180.00
H, I dan J

Bilangan Kuarters di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah SPT adalah seperti di Jadual di bawah:
 
Permohonan Menduduki Kuarters Kerajaan hendaklah mengisi Borang Permohonan Rumah Kerajaan dan disertakan salinan Kad Pengenalan, Slip Gaji dan Sijil Nikah pemohon (bagi yang telah berkahwin). Borang permohonan yang lengkap hendaklah  diserahkan ke Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, PDTSPT.
 
 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada