Kaveat ialah satu mekanisma yang terdapat di dalam KTN untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu kerana ia berfungsi menghalang urusan-urusan tertentu seperti pindahmilik dan gadaian daripada didaftarkan ke atas hakmilik tanah yang dikaveat. Namun begitu kaveat hanyalah bersifat sementara, di mana bagi kaveat persendirian, tempoh kuatkuasanya hanya enam tahun bermula dari tarikh ia dimasukkan.
Siapa Yang Layak Memohon ;
a) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak ke atas tanah milik atau kepentingan berdaftar;
b) Mana-mana orang atau badan yang menuntut ianya berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan;
c) Penjaga atau orang yang mewakili mana-mana remaja yang menuntut sebagai berhak mendapat faedah di bawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.