Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : MISKIN TEGAR  ( 06/01/2015 )
 KETERANGAN :

1. Golongan miskin tegar adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada Pendapatan      Garis  Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan. Bagi Negeri Pulau Pinang, PGK yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM500.00 dan pendapatan perkapita RM100.00 sebulan. 

2. Miskin tegar boleh didaftarkan melalui borang-borang yang telah diedarkan kepada JKK dan semua Pejabat Daerah. Menjadi tanggunjawab penghulu dan Pejabat Daerah untuk melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti keadaan sebenar pemohon. Setelah mendapat maklumat selengkapnya, senarai pemohon akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Tegar Peringkat Daerah.

3. Bagi mereka yang didapati layak, akan menerima bantuan yang bersesuaian daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Urus Zakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Pelajaran dan sebagainya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui program Rakan Anti Kemiskinan berusaha untuk mengumpul dana bagi membantu golongan miskin tegar dari aspek kewangan.        

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

1. Siapakah yang layak dikategorikan sebagai miskin tegar? 2. Bagaimanakah pendaftaran miskin tegar dilaksanakan? 3. Apakah bantuan yang akan diperolehi?

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada