1. Memastikan pelaksanaan operasi, aktiviti, dasar-dasar dan polisi-polisi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dan menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Negeri Pulau Pinang) 2004.
2. Memberi nasihat perundangan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
3. Mewakili Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di dalam kes-kes ligitasi di mahkamah.
4. Mengendali dan menguruskan semua dokumen perjanjian dan perundangan bagi semua aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
5. Mengkaji dan Menggubal undang-undang, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah untuk diguna-pakai di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
6. Mewakili Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam kes-kes di mahkamah melibatkan kepetingan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dari segi perundangan.
7. Memberi khidmat sokongan perundangan kepada sektor operasi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.