Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : AKAUN (PERINGKAT PEMAJU)  ( 23/07/2013 )
 KETERANGAN :
  1. Pemaju mana - mana bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak hendaklah, sebelum milikan kosong diserahkan, membuka, berkenaan dengan kawasan pemajuan yang di atasnya bangunan itu didirikan, Akaun Penyenggaraan Bangunan atas nama kawasan pemajuan itu dengan sesuatu bank atau institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi- Institusi Kewangan 1989 [ Akta 372] atau yang dikawal selia oleh Bank Negara dibawah mana - mana undang - undang bertulis yang lain.
  2. Satu Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah dibuka bagi setiap kawasan pemajuan
  3. Setiap Akaun Penyenggaraan Bangunan hendaklah disenggarakan oleh pemaju sehingga penubuhan Badan bagi bangunan itu
  4. Pemaju tidak boleh membuka dan menyenggarakan Akaun Penyenggaraan Bangunan bersama - sama dengan mana- mana bangunan lain di luar kawasan pemajuan
  5. Jika apa- apa pertikaian berbangkit berkenaan dengan Akaun Penyenggaraan Bangunan Pesuruhjaya boleh menyelesaikan pertikaian itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
 :: Soalan-soalan yang berkaitan

1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuka dan menyenggara akaun? i) Pemaju adalah bertanggungjawab untuk membuka dan menyenggarakan Akaun Penyelenggaraan Bangunan sebelum JMB ditubuhkan (S.16) 2. Bilakah pemaju perlu membuka Akaun Penyenggaraan Bangunan i) Pemaju hendaklah membuka Akaun Penyenggaraan Bangunan sebelum milikan kosong diserahkan kepada pembeli atas nama kawasan pemajuan itu. (S.16.(1)). 3. Apakah perlu akaun diaudit i) Ya, Pemaju hendaklah melantik seorang juruaudit professional untuk mengaudit akaun penyenggaraan bangunan (S.17.(2b)) 4. Bilakah sesuatu akaun itu perlu dihantar kepada Pesuruhjaya Bangunan? i) Sesuatu akaun yang diaudit itu hendaklah diserahkan kepada pesuruhjaya dalam masa 14 hari dari tarikh akaun itu diaudit (S.17(2c)) 5. Apakah tindakan keatas pemaju yang gagal mengemukakan akaun kepada pesuruhjaya? i) Pemaju, jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak lebih dari RM100,000 dan tidak lebih dari RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan (S.17(7))

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • www.mpsp.gov.my