Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)  ( 23/07/2013 )
 KETERANGAN :

1) Jika sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk pecah bahagi kepada petak telah disiapkan -

  • Sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan milikan kosong petak itu telah diserahkan oleh pemaju kepada pembeli tetapi perbadanan pengurusan belum wujud,suatu badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari permulaan kuat kuasa Akta ini
  • Pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, suatu Badan Pengurusan Bersama hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada pemaju dan pembeli apabila mesyuarat pertama diadakan tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong petak itu kepada pembeli

2) Badan yang ditubuhkan oleh subseksyen (1) hendaklah merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan

3)Badan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya

4) Badan hendaklah terdiri daripada pemaju dan pembeli

 :: Soalan-soalan yang berkaitan

1. Bilakah Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu ditubuhkan? JMB perlu ditubuhkan bagi bangunan seperti berikut : (S.4.1) i) Bagi bangunan yang telah wujud sebelum pelarasan Akta 663, JMB hendaklah ditubuhkan 12 bulan sebelum 12/4/2008 ii) Bagi bangunan yang mendapat " vacant possession" selepas tarikh perlaksanaan Akta 663 (yakni selepas tarikh 12/4/2007), tempoh masa ialah 12 bulan dari tarikh vacant possession. 2. Apakah perlu ditubuhkan JMB berasingan untuk setiap Lot yang berlainan? i) Ya.Setiap 1 lot tanah (kawasan pemajuan) untuk perumahan bertingkat hendaklah ditubuhkan 1 JMB

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • www.mpsp.gov.my