i. Setiap bulan penduduk perlu membayar caj penyenggaraan. Kenapa ianya dikenakan?
Jawapan: Ialah apa-apa wang yang dikutip oleh pemunya, pemaju, badan atau ejen pengurusan daripada pembeli bagi menyenggarakan dan menguruskan bangunan yang dikenali sebagai harta bersama.
(ii) Apakah tindakan yang boleh diambil keatas pembeli yang gagal membayar caj penyenggaraan?
Jawapan: JMB mempunyai kuasa untuk menuntut amaun yang tertunggak dengan memberikan notis bertulis dalam masa 14 hari untuk membayar jumlah tunggakan itu.
Sekiranya tiada pembayaran dibuat dalam tempoh yang dinyatakan, JMB hendaklah memberikan notis ke dua menuntut pembayaran dalam masa 14 hari.
Jika bayaran belum juga dibuat maka kes ini boleh dibawa ke mahkamah.
Atau
Jika caj tertunggak selama 6 bulan, JMB boleh mengemukakan waran tahanan keatas apa-apa harta alih kepunyaan tuan bangunan samada terdapat dalam bangunan tersebut atau terdapat di tempat lain. Waran akan dikeluarkan oleh pegawai dari pejabat pesuruhjaya dan diberi kuasa untuk memecah masuk bangunan pada waktu siang. Harta alih tersebut akan dilelong. Lebihan jumlah lelongan akan dikembalikan kepada pemilik harta.
Sekiranya kes dibawa ke mahkamah, sesiapa yang tidak membayar caj penyenggaraan tanpa sebab yang munasabah, boleh didenda tidak lebih RM5,000 dan didenda selanjutnya tidak lebih RM50 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
|