i) Warganegara Malaysia (pemohon dan pasangan);
ii) Bermastautin di Negeri Pulau Pinang;
iii) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan;
iv) Pendapatan pemohon tidak melebihi RM 750.00 atau Pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00;
v) Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon dan suami / isteri adalah tidak layak memohon);
vi) Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang; dan
vii) Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (suami/isteri) yang kurang upaya / ibu tunggal / setinggan- setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
1. Syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah kos rendah/kos sederhana rendah adalah:
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan;
iii) Pendapatan isirumah tidak melebihi RM 2,500.00 untuk kos rendah;
iv) Pendapatan isirumah tidak melebihi RM 3,500.00 untuk kos sederhana rendah; dan
v) Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon dan suami / isteri adalah tidak layak memohon).
2. Syarat-syarat kelayakan untuk memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah: