1. Bertanggungjawab dalam memastikan surat panggilan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan Taman Botani mengikut suku tahun disediakan oleh Pembantu Tadbir (P/O) N17 - Stor dan Aset merangkap Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan Taman Botani.
2. Menyemak Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan Taman Botani mengikut suku tahun yang sediakan oleh Pembantu Tadbir (P/O) N17 - Stor dan Aset sebelum disahkan oleh Ketua Jabatan.
3. Memastikan minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan Taman Botani mengikut suku tahun dihantar oleh Pembantu Tadbir (P/O) N17 - Stor dan Aset kepada Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Aset & Perolehan) di Jabatan Kewangan Negeri.
4. Menyemak dan memastikan Pembantu Tadbir (P/O) N17 - Stor dan Aset mengemaskini maklumat-maklumat aset dalam sistem SPEKS.
5. Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Aset Negeri.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditetapkan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan yang dipinda dari semasa ke semasa.