Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN  ( 09/01/2015 )
 KETERANGAN :

1.   Bertanggungjawab ke atas semua aspek dokumen dan maklumat rasmi Jabatan, bangunan dan harta benda Kerajaan daripada sebarang ancaman, kecurian, kebakaran dan sebagainya dengan mengambil kira langkah melindungi selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

2.  Mengemukakan perakuan-perakuan kepada Ketua Jabatan akan cadangan-cadangan untuk meningkatkan langkah-langkah Keselamatan Perlindungan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

3.  Menubuhkan jawatankuasa keselamatan di Jabatan yang dipengerusikannya untuk menyelaraskan pelaksanaan kawalan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Kerajaan.

4.  Mewakili Jabatan dalam menghadiri mesyuarat mengenai keselamatan dari semasa ke semasa dan jika diperlukan hendaklah membentangkan laporan keselamatan Jabatan serta isu-isu yang tidak dapat diselesaikan di Jabatan.

5.  Menubuhkan jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang akan bermesyuarat serta-merta jika berlaku sebarang kejadian kecemasan yang melibatkan keselamatan dokumen dan kebocoran maklumat serta harta benda Kerajaan termasuk ancaman keselamatan, pencerobohan, kebakaran, kecurian dan sebagainya. Selanjutnya menyediakan laporan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan.

6.  Mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas bangunan, sistem pendawaian elektrik, bilik komputer, bilik dokumen dan peralatan, kawasan pejabat dan semua perkara di bawah tanggungjawabnya bagi mempastikan ia dalam keadaan yang selamat dan tidak terdedah kepada ancaman dan risiko.

7.  Menganjurkan kursus dan taklimat kesedaran Keselamatan Perlindungan dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan setiap anggota di Jabatan memahami langkah-langkah serta peraturan-peraturan Keselamatan Perlindungan.

8.  Berkerjasama rapat dengan Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai langkah-langkah meningkatkan sistem dan kawalan Keselamatan Perlindungan di Jabatan.

9.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditetapkan dalam peraturan -peraturan keselamatan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan yang dipinda dari semasa ke semasa.

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada