Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  NOOR HADZILA BINTI ZAINOL   04-650 5643 hadzila@penang.gov.my
  NAZLINA AZLIN BINTI ADAMSAH   04-650 5359 nazlina@penang.gov.my
  MAZUINA BT MALEK   04-650 5646 mazuina@penang.gov.my
  NORHAFIDAH BT MUHAMAD   04-650 5664 norhafidah@penang.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PERMOHONAN ICT, JAWATANKUASA PEMANDU PERMOHONAN ICT (JPPICT)  ( 09/09/2022 )
 KETERANGAN :

Menyelaras permohonan projek baru yang bermaksud projek pengkomputeran yang melibatkan aktiviti perolehan perkakasan, perisian, perkhidmatan ICT dan pembangunan aplikasi iaitu :

(i) Perkakasan komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis alat-alat input/output

(contoh: pencetak, pengimbas),pemprosesan, storan data, peralatan rangkaian dan multimedia (contoh: persidangan video (video conferencing)) kecuali alat-alat seperti komponen     alat ganti, barang pakai habis (consumable item), aksesori dan perabot komputer.                           

(ii) Perisian komputer yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perisian sistem dan perisian aplikasi.

      Perisian sistem merangkumi sistem operasi, pangkalan data dan perisian  bagi membangunkan sistem.

      Perisian aplikasi adalah pakej sedia ada (off-the-shelf) untuk kegunaan tertentu (contoh: Sistem Perakaunan,

Sistem Personel, Sistem Pengurusan Inventori) dan perisian automasi pejabat (office automation) yang digunakan untuk menyokong kerja-kerja harian seperti penyediaan dokumen, grafik,multimedia dan sebagainya.

(iii) Pembangunan Aplikasi adalah aktiviti/perkhidmatan bagi mengautomasikan proses kerja sesebuah organisasi. Perkhidmatan ini meliputi aktiviti-aktiviti rekabentuk  pembangunan, pengkodan, pengujian, pemasangan, latihan.

(iv) Perkhidmatan ICT yang dimaksudkan merangkumi semua jenis perolehan perkhidmatan teknikal  seperti pemasangan  sistem,migrasi sistem, kemasukan data, pemindahan data, pemulihan data, web hosting, langganan maklumat dalam talian dan seumpamanya.

(v) Rangkaian ICT bermaksud pemasangan baru rangkaian setempat (LAN), rangkaian meluas (WAN), rangkaian setempat tanpa wayar(WLAN) dan Internet.

 PIAGAM PELANGGAN PERMOHONAN ICT, JAWATANKUASA PEMANDU PERMOHONAN ICT (JPPICT)

PERKHIDMATAN           

TEMPOH

Urusan Permohonan

 

  1. Kemudahan Emel

  2. Akaun PgGov

  3. Tempahan/Pinjaman Peralatan ICT

  4. Instalasi Perisian

  5. Bilik Latihan

  6. Bilik Mesyuarat & Bilik Perbincangan

  7. Rangkaian Baru

  8. Tambahan Node Rangkaian

  9. Komputer & Peralatan ICT

  10. Hosting server

  11. Program Projek ICT untuk kelulusan JPPICT

 

 

 

2 hari

1 hari

1 hari

2 hari

1 hari

1 hari

4 hari

2 hari

2 hari

3 hari

 2 minggu

  Pemulihan Perkhidmatan

 

Semua perkhidmatan yang tidak dapat disediakan dalam tempoh yang dijanjikan, PTMKN akan memaklumkan pelanggan
mengenai tempoh lanjutan yang diperlukan. Pemakluman ini akan dikemukakan sebelum tempoh yang ditetapkan.

 

 

 

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
Dokumen Permulaan Projek.pdf Dokumen Permulaan Projek
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • https://sppict.penang.gov.my