1. Menyelenggara dan mentadbir harta Baitumal dengan baik selaras dengan fungsi Majlis sebagai pemegang amanah kesemua wakaf.
2. Mengurus permohonan membeli dan menjual balik bahagian Baitulmal.
3. Mengumpul maklumat berkenaan Baitulmal dan Sijil Faraid.
4. Menghadiri perbicaraan bagi menentusah lot-lot yang terdapat bahagian Baitulmal seperti yang tercatat dalam Sijil Faraid.
5. Menentukan harta bahagian Baitulmal yang telah diakuisah didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
6. Mengumpul maklumat dan data berkenaan harta-harta Baitulmal dan Sumber Am.
7. Meningkatkan perolehan dan harta-harta Baitulmal dan Sumber Am melalui pelaburan.
8. Mengenalpasti dan mendapatkan semula harta alih yang belum dituntut.