Status tempat lahir dan tempat tinggal :-
-
Calon lahir di Pulau Pinang dan ibubapa lahir di Pulau Pinang.
-
Calon lahir di Pulau Pinang dan bapa lahir di Pulau Pinang, ibu lahir di luar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang.
-
Calon lahir di Pulau Pinang dan ibu lahir di Pulau Pinang, bapa lahir di luar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang.
-
Calon lahir di Pulau Pinang, ibubapa lahir diluar Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang. Calon lahir diluar Pulau Pinang, ibubapa lahir di Pulau Pinang serta menetap di Pulau Pinang ( sekurang-kurangnya ) tujuh tahun dan pemohon pernah belajar di Negeri Pulau Pinang.
Pemohon hendaklah mengikuti pengajian dalam Pengajian Islam dari IPT yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pemohon-pemohon luar bidang Pengajian Islam layak dipertimbangkan. Pengajian ini mestilah berkaitan dengan keperluan MAINPP dan masyarakat Islam.
Calon yang telah mendapat biasiswa empat kali tidak akan disambung pembayarannya.