Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
  NORAZIANA BINTI IBRAHIM   04-6505259 noraziana@jkm.gov.my
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : ORANG KURANG UPAYA (OKU)  ( 14/08/2018 )
 KETERANGAN :
OBJEKTIF  PENDAFTARAN OKU
  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi  maksud merancang program  berkaitan dengan pencegahan,   pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian  dengan  keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang  bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.
 
Borang Pendaftaran
Borang Permohonan Pendaftaran Orang  Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012)
     
Pemohonan Pendaftaran
(a)     Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah  /          Jajahan / Bahagian;
(b)     Menggunakan borang tersebut di atas; dan
(c)     Menyertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan.
 
Syarat-syarat Pendaftaran
(a)     Warganegara yang bermastautin di Malaysia
(b)   Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar  Perubatan Swasta.

Kod Kategori OKU
 
 
KOD
 
JENIS KETIDAKUPAYAAN
 
DE
 
Pendengaran
 
BL
 
Penglihatan
 
SD
 
Pertuturan
 
PH
 
Fizikal
 
LD
 
Masalah Pembelajaran
 
ME
 
Mental
 
MD
 
Pelbagai
 
Penukaran Kad
Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian disebabkan:-
(a)     Kad OKU hilang;
(b)     Kad OKU rosak;
(c)     Perubahan kategori ketidakupayaan.        

 

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
BORANG PENDAFTARAN OKU pindaan 1 2012.pdf borang pendaftaran OKU
Kemudahan dan Keistimewaan OKU di Malaysia.pdf keistimewaan pendaftaran kad OKU
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://oku.jkm.gov.my/smoku/index.php