1) Menyampaikan notis kepada pihak yang dinamakan dan yang meminta beliau menandatangani di atas penyata serahan.
2) Menyampaikan notis :
i ) ditempat kediaman atau kerja biasa atau yang diketahui terakhir sekali kepada pekerja atau kepada seseorang anggota keluarga yang dewasa.
ii ) di pejabat yang berdaftar bagi badan itu atau tempat kerja biasa atau yang diketahui terakhir kepada pekerja atau ejennya ;
3) Dengan meninggalkan notis itu didalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada orang atau badan itu.
i ) ditempat kediaman atau kerja orang itu biasa atau diketahui terakhir sekali ; atau
ii ) dipejabat yang berdaftar bagi badan itu atau tempat kerja yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali
4) Dengan menghantar notis itu melalui pos berdaftar kepada orang atau badan dialamat penyampaian yang diberi menurut mana-mana peruntukkan akta ini
i ) ditempat kediaman atau kerja orang itu biasa atau diketahui terakhir sekali ; atau
ii ) dipejabat yang berdaftar bagi badan itu atau tempat kerja yang biasa atau yang diketahui terakhir sekali
5) Dengan penyampaian gantian mengikut seksyen 432 KTN sekiranya notis yang dihantar mengikut seksyen 431 KTN dipulangkan tanpa disampaikan maka notis-notis tersebut dianggap tidak diterima.
i ) siapkan ringkasan minit kepada Pentadbir Tanah atau Pendaftar untuk minta perintah.
ii ) Pentadbir Tanah atau Pendaftar memberi perintah bertulis untuk menampal notis-notis ditempat yang nyata seperti berikut :
a ) diatas tanah tersebut
b ) diatas papan kenyataan Pejabat Tanah
c ) diatas papan kenyataan Mahkamah
d ) diatas papan kenyataan Masjid
e ) diatas papan kenyataan Dewan Orang Ramai
f ) diatas papan kenyataan Pejabat Penghulu