Permohonan Pengambilan Balik Tanah
Permohonan pengambilan balik tanah dikemukakan oleh pemohon iaitu dari Pesuruhjaya Tanah Persekutuan/ Jabatan Negeri/ Badan Berkanun Persekutuan/ Negeri/Perbadanan, Syarikat/Orang perseorangan kepada Pejabat Daerah Dan Tanah untuk diproses dengan menyediakan pelan perancangan yang lengkap serta mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembangunan Daerah.
Proses pengambilan tanah
Permohonan akan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan akan diisytiharkan didalam Warta Kerajaan Negeri. dibawah seksyen 4 dan seksyen 8. Notis awam dikeluarkan dan dipamerkan dipapan kenyataan.Siasatan juga akan dijalankan bagi tujuan menentukan bayaran pampasan akibat daripada pengambilan tanah milik /tanah diduduki mengikut adat ataupun tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik, kecuali tanah milik kerajaan.
Penentuan bayaran pampasan
Bayaran pampasan dijelaskan mengikut keluasan tanah dan nilai semasa tanah lot yang diambil.