1. Mengurusetiakan dan menyelaras mesyuarat-mesyuarat berkaitan pengurusan sisa pepejal seperti:
i. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri;
ii. Mesyuarat Teknikal Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri; dan
iii. Mesyuarat Cadangan Sektor Swasta Kepada Pihak Berkuasa.
2. Perkara-perkara berkaitan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN):
i. Menyelaras, menyediakan dan menyemak kertas MMK / maklum balas terhadap kertas kerja/cadangan berkaitan dengan pengurusan
sisa pepejal; dan
ii. Melaksanakan keputusan-keputusan dasar MMK yang berkaitan pengurusan sisa pepejal.
3. Menyediakan jawapan bagi soalan-soalan Dewan Undangan Negeri (DUN).