1. Mengadakan sesi libat urus bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan melibatkan inisiatif pintar.
2. Menyediakan latihan dan kursus berkaitan teknologi/ inisiatif pintar kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri melalui penganjuran persidangan, kursus dan lawatan.
3. Memudahcara dan menguruskan permohonan daripada syarikat penyedia teknologi/ perkhidmatan.
4. Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pelaksanaan inisiatif pintar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui penganjuran program kesedaran seperti seminar dan bengkel berkaitan inisiatif pintar bersama pihak-pihak berkepentingan.