SEKSYEN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik dasar / undang-undang kecil / enakmen / garis panduan berkaitan Kerajaan Tempatan.
Menyelaras dasar berkaitan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan dengan Kerajaan Persekutuan
SEKSYEN KESEJAHTERAAN BANDAR
Menggubal dasar-dasar baharu negeri berkenaan pelaksanaan negeri pintar, kemampanan bandar dan kesihatan persekitaran seperti Pelan Induk Bandar Berdaya Tahan.
Menyelaras dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar negeri pintar mengambil kira dasar-dasar utama Negara dan Kementerian termasuk rangka bandar pintar KPKT.
Mengkaji cadangan dan perancangan pelaksanaan inisiatif pintar yang relevan dengan keadaan semasa.
Memastikan pelaksanaan dasar-dasar mengambil kira dasar-dasar utama Negara dan Kementerian termasuk SDGs, Smart City dan Resilient City.
UNIT PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik enakmen/dasar/garis panduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
Menyelaras dasar berkaitan pengurusan sisa pepejal dengan Kerajaan Persekutuan
UNIT PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI
Mengkaji, menggubal, menilai dan menambahbaik enakmen/dasar/garis panduan berkaitan pembangunan infrastruktur komunikasi berdasarkan Penang Connectivity Master Plan (PCMP).
Menyelaras dan memantau pelaksanaan dan pembangunan infrastruktur komunikasi di Negeri Pulau Pinang.