1. Memberi khidmat nasihat mengenai tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dari aspek penyediaan ladang, penanaman anak pokok, pengurusan ladang (pembajaan, pengairan dan mencegah / mengawal serangan musuh tanaman), pengutipan hasil dan pengendalian lepas tuai serta pemasaran hasil ladang.
2. Memberi Perkhidmatan Diagnostik Tanaman (Doktor Pokok) bagi tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kerjasama Cawangan Perlindungan Tanaman.
3. Memberi Perkhidmatan Kepakaran Kesesuaian dan Kesuburan Tanah untuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kerjasama Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah.
4. Memberi Perkhidmatan Pengembangan Racun Makhluk Perosak.
5. Memberi Perkhidmatan Pengembangan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP).
6. Perkhidmatan untuk mendapatkan Pensijilan SKIM AMALAN LADANG BAIK MALAYSIA (SALM) bagi pengusaha-pengusaha tanaman makanan.
7. Perkhidmatan untuk mendapatkan Pensijilan SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM) MS 1529 bagi pengusaha-pengusaha tanaman makanan.