1. Menyediakan perkhidmatan untuk memulakan Perusahaan Pemprosesan Makanan seperti Sos, Pes, Kordial, Makanan Sejuk Beku serta pelbagai Makanan Ringan dan Kuih Tradisional.
2. Menyediakan insentif kepada para pengusaha yang layak dalam bentuk peralatan dan kursus lanjutan untuk meningkatkan mutu hasil serta kualiti bagi Perusahaan yang sedia dijalankan.
3. Menyediakan Latihan dalam berbagai pendekatan dan kaedah kepada para Pengusaha Industri Asas Tani.
4. Menyediakan Latihan kepada para pengusaha pemprosesan produk makanan untuk mencapai tahap "Good Manufacturing Practice (GMP)" bagi perusahan yang dijalankan.