1. Memberikan khidmat sokongan dari aspek perakaunan dan perancangan kewangan kepada semua Bahagian di MAINPP.
2. Membuat pengesahan kelulusan dan penyemakan ke atas semua tuntutan bayaran dan terimaan MAINPP.
3. Mengimplentasikan prosedur perakaunan MAINPP serta keperluan untuk pengubahsuaian polisi dan prosedur berkaitan perakaunan MAINPP.
4. Merancang pelaburan kewangan, penyediaan dan penyemakan Penyata Aliran Tunai MAINPP
5. Menyediakan segala dokumen-dokumen dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan pengauditan MAINPP
6. Mengawal perjalanan dan pengendalian urusan kewangan MAINPP mengikut prosedur kewangan yang digariskan dalam Amalan Terbaik Pengurusan Kewangan MAINPP, Arahan Perbendaharaan dan semua Surat Pekeliling Perbendaharaan dan arahan yang berkaitan.