Orang ramai boleh memohon mengguna peralatan untuk kerja-kerja gotong-royong di tempat-tempat awam, kawasan kampung dan taman perumahan. Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web MBSP : https://online.mpsp.gov.my/gotongroyong/main.asp atau secara bertulis oleh Rukun Tetangga / Persatuan Penduduk / MPKK / pertubuhan / persatuan sukarela terus kepada Pengarah Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Jalan Perda Utama, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam. Surat permohonan hendaklah mempunyai maklumat berikut :
a) Tarikh, Masa dan Tempat perlaksanaan gotong-royong
b) Jenis dan jumlah peralatan yang diperlukan
c) Jumlah peserta yang akan terlibat semasa gotong-royong
d) No. telefon orang yang boleh dihubungi untuk mendapat maklumat
Surat permohonan hendaklah diterima oleh Majlis dalam tempoh 1 minggu sebelum tarikh perlaksanaan. Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh dibuat melalui talian 04-5497649 atau email kepada perbandaran@mbsp.gov.my. Pemohon juga dinasihatkan supaya mengemukakan tempahan melalui perkhidmatan gotong-royong online yang dilancarkan pada 17 Julai 2011. |