1. Bagaimanakah aduan boleh dibuat ?
Orang ramai boleh terus ke Kaunter Berpusat MPSP di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda ataupun melalui internet dengan melayari laman web MPSP di http://www.mpsp.gov.my/aduan/main_menu.asp. Aduan boleh dikemukakan melalui surat ke alamat Biro Pengaduan Awam, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda, Jalan Perda Utama, 14000 Bukit Mertajam atau fax ke 04-5389700. Selain itu, orang ramai juga boleh menelefon ke talian 04-5497490/700. Aduan juga boleh di e-melkan ke alamat aduan@mpsp.gov.my dan melalui Facebook MPSP Watch. Butiran aduan yang diperlukan adalah seperti berikut :
a) Nama dan alamat pengadu
b) Keterangan aduan
c) Lokasi aduan atau tanda bumi (yang dapat membantu untuk mengenalpasti lokasi)
|