1. Mengenalpasti dan membuat siasatan tanah-tanah di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (tanah wakaf, tanah Baitulmal dan tanak berimilik oleh Kerajaan)
2. Menyediakan kajian cadangan pembangunan serta kedayahidupan projek-projek yang beroperasi untuk dibangunkan.
3. Mengurus dan memantau pembangunan projek-projek Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi memastikan pelaksanaan pembangunan mengikut jadual.
4. Berhubuung dengan pihak-pihak Berkuasa Tempatan untuk menyegerakan kelulusan-kelulusan berkaitan dengan permohonan pembangunan projek.
5. Mengendalikan Mesyuarat Perunding dan Mesyuarat Tapak bagi projek-projek Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
6. Membuat pelarasan dengan semua perunding dan jabatan berkaitan untuk pembangunan projek.
7. Mengenalpasti dasar pemasaran projek serta berurusan dengan peguam dan bank berhubung dengan pemasaran projek-projek yang sedang diuruskan pembangunannya.
8. Memberi komen dan ulasan pelan masjid dan surau kepada pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk tujuan kelulusan pelan
merancang projek-projek di Pulau Pinang.