Pembangunan maklumat dan data geospatial menggunakan teknologi GIS. Memastikan data yang dibangunkan adalah mengikut standard atau garispanduan yang ditetapkan seperti Manual Sistem Maklumat GIS dari JPBD Semenanjung Malaysia dan Garispanduan dari MaCGDI. Semua data yang dibangunkan akan dimasukkan ke dalam JPBD Geoportal (mapservice web-base) untuk digunakan oleh semua lapisan pegawai JPBD dan Agensi Kerajaan yang lain yang boleh diakses melalui intranet dan internet. Sebahagian data akan diletakkan di dalam SGDC ( State Geospatial Data Centre ) untuk perkongsian antara agensi.