Dari Setitik Menjadi Selautan
Sungai, sumber air bagi kehidupan manusia, boleh berubah menjadi jentera pemusnah dan bencana akibat kecuaian manusia atau daripada kejadian alam. Malaysia mempunyai 189 sistem sungai yang merangkumi 1,800 sungai dan anak sungai dengan panjang keseluruhannya 57,300 kilometer.Terusan sungai mesti dijaga bagi mengelakkan banjir oleh sebab kesan cuaca akibat kesan pemanasan global yang tidak menentu dan kegiatan manusia. Pembangunan tanpa kawalan boleh menyebabkan hakisan tanah dan pemendapan muara sungai. Ini boleh menyebabkan banjir sementara sumber air terjejas kerana kawasan tadahan yang terganggu akan mengurangkan kapasiti air storan. JPS sejak ia ditubuhkan pada tahun 1932.Ekoran banjir besar tahun 1971, JPS telah diamanahkan untuk menjalankan program tebatan banjir yang menyeluruh. Dengan peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan, empangan-empangan telah dibina, sungai dan parit utama telah diperbaiki bagi mengelakkan banjir, di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Langkah-langkah lain termasuk pelencongan sungai, 'pembarauan' dan pembersihan sungai serta penyenggaraan dan pengurusan rizab sungai. JPS juga membantu pihak berkuasa kerajaan negeri dan jurulatih tempatan untuk menentukan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan harmoni dengan alam sekitar sungai supaya sumber air, hidupan akuatik dan kawasan rekreasi yang berasaskan sungai dapat dipelihara. Pada tahun 1990, ekoran "Persidangan Dan Pengurusan Sungai', yang diadakan pada tahun 1988, dan susulan perbincangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Bertindak Khas dan Direktorat, maka Bahagian Kejuruteraan Sungai, JPS telah ditubuhkan. Fungsi utama Bahagian ini adalah untuk memastikan pengurusan sungai yang baik, melindungi air sungai dan kualitinya, mengurangkan risiko banjir dan memberi gerak balas segera kepada apa sahaja aduan kerja pembaikan yang berkaitan dengan sungai. Ini dapat dicapai dengan menjalankan penyelidikan tentang isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan amalan pengurusan dan penjagaan sungai dan merangka garis panduan dan strategi baru yang sesuai.
Satu Negeri Satu Sungai
Objektif Program Satu Negeri Satu Sungai adalah untuk menyokong JPS Negeri menganjurkan program pemulihan sungai dan peningkatan kualiti air menggunakan struktur pengurusan sungai yang sedia ada. JPS Negeri dikehendaki mengenal pasti satu sungai dan merumuskan pelan tindakan melalui pengenalpastian masalah, menentukan pemegang taruh dan menerokai kemungkinan penyelesaian, dengan mesyuarat yang berterusan dan berjadual, perkara yang berkenaan ini akan dibincangkan dan rancangan tebatan akan dirumuskan. Pendekatan guna tangan dijangka dapat melepaskan dengan segera beberapa masalah dihadapi oleh sungai dan pada masa yang sama memberikan pengalaman dan pengetahuan yang bernilai kepada para jurutera JPS yang melampaui kepakaran hidraulik mereka. Suatu pelan induk sungai juga akan dirumuskan tetapi memandangkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan kajian ini, pendekatan guna tangan serta-merta dilihat sebagai lebih berkesan.
River Ranger
Program Satu Negeri Satu Sungai yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia sejak 2002 dengan matlamat untuk memulihkan satu sungai bagi setiap negeri menjelang 2015 melibatkan beberapa aktiviti yang berkesan dalam mencegah pencemaran dari sumber. Penglibatan komuniti yang komited dalam pemulihan sungai juga diperlukan. Dengan itu, jabatan dengan penglibatan badan bukan kerajaan seperti Global Environment centre (GEC) telah menggariskan beberapa program untuk dimulakan dalam merancang pemantauan masyarakat dan sungai dalam negara kita. Antara program yang sedang berjalan adalah River Ranger.
Kempen Sungai Kita
Kempen ini berjaya memenuhi beberapa sasaran dan objektif; dengan yang demikian, lebih banyak usaha perlu dijalankan. Kempen Cintailah Sungai Kita tahun ini adalah satu lagi usaha oleh JPS untuk menganjurkan kesedaran umum dan keprihatinan terhadap sungai kita dan usaha bersepadu dijalankan untuk membersihkan sungai kita di seluruh negara. Selain program pendidikan dan kesedaran yang berterusan, kempen tahun ini yang melibatkan Program Pembersihan Sungai, Pengindahan Sungai, Pemulihan Pencemaran, Sungai Angkat dan Pendidikan yang mensasar individu, badan korporat dan sektor awam.