Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : PEMBERIAN GERAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (NGO)  ( 28/06/2013 )
 KETERANGAN :

Tujuan

Tujuan pemberian bantuan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan adalah untuk menggalakan penglibatan dan penyertaaan masyarakat dalam program dan khidmat kebajikan supaya dapat menokok tambah dan menampung perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.

Garis Panduan pemberian bantuan geran disediakan bagi menentukan syarat kelayakan dan kriteria pemberian geran kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan serta kadar geran yang ditetapkan.


Kriteria Kelayakan Bagi Pertimbangan Geran

Pertubuhan Bukan Kerajaan yang layak diberi pertimbangan geran Jabatan Kebajikan masyarakat adalah seperti berikut:

a) Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dibawah Akta Pertubuhan 1966.

b) Pertubuhan bertaraf tempatan.

c) Pertubuhan yang bercorak kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan,     jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar dibawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.

d) Pertubuhan atau Organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Daerah dibawah Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang dibawah Akta-Akta berkaitan.

e) Pertubuhan yang telah berdaftar dibawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
  • http://jkm.penang.gov.my