1. Memberi khidmat nasihat mengenai tanaman Padi, Kelapa, Herba dan Bunga-bungaan dari aspek penyediaan ladang, penanaman anak pokok, pengurusan ladang (pembajaan, pengairan dan mencegah / mengawal serangan musuh tanaman), pengutipan hasil dan pengendalian lepas tuai serta pemasaran hasil ladang.
2. Memberi Perkhidmatan Diagnostik Tanaman (Doktor Pokok) bagi tanaman Padi, Kelapa, Herba dan Bunga-bungaan dengan kerjasama Cawangan Perlindungan Tanaman.
3. Memberi Perkhidmatan Kepakaran Kesesuaian dan Kesuburan Tanah untuk tanaman Padi, Kelapa, Herba dan Bunga-bungaan dengan kerjasama Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah.
4. Memberi Perkhidmatan Pengembangan Racun Makhluk Perosak.
5. Memberi Perkhidmatan Pengembangan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP).