Pendaftaran pindahmilik ialah proses untuk mendaftarkan penukaran nama pemilik tanah berdaftar semasa kepada pemilik tanah yang baru, sama ada melalui jual beli, pemberian secara kasih sayang/hebah atau Perintah Mahkamah.
Apa yang boleh dipindahmilik (Seksyen 214 - KTN)
a) Kesemua (tetapi tidak sebahagian mana-mana) tanah milik;
b) Kesemua (tetapi tidak sebahagian mana-mana) syer yang tidak dipecahkan ke atas tanah milik;
c) Mana-mana pajakan tanah milik;
d) Mana-mana gadaian ;
e) Mana-mana sewaan bebas daftaran.