Pendaftaran gadaian ialah proses mendaftarkan gadaian/cagaran sesuatu hakmilik tanah yang dibuat kepada institusi kewangan.
Seksyen 241 KTN memperuntukkan;
a) Keseluruhan mana-mana tanah berimilik dan bukan sebahagian sahaja tanah boleh digadaikan;
b) Keseluruhan bahagian yang tidak dipecahkan mengenai tanah berimilik dan bukan sebahagian sahaja boleh digadaikan;
c) Mana-mana pajakan tanah berimilik boleh digadaikan;
d) Gadaian kedua dan berikutnya boleh diwujudkan.