Kuarters Kerajaan di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah SPT terdiri dari Rumah Khas Jawatan dan juga Rumah Biasa Kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di Daerah SPT adalah layak untuk memohon menduduki rumah-rumah tersebut tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
Kadar Sewaan Rumah Kerajaan di Negeri Pulau Pinang telah dinyatakan di dalam Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Bil. 1 Tahun 2007 iaitu; ditetapkan mengikut kelayakan Insentif Tetap Perumahan (ITP) pegawai berkenaan dan akan berubah selaras dengan perubahan ITP pegawai berkenaan. Kadar sewaan tersebut adalah seperti berikut:
Gred Sistem Saraan Malaysia
|
Kadar Sewaan
(RM / sebulan)
|
Kelayakan Kelas Rumah Kerajaan
|
53 dan 54
|
900.00
|
C /B
|
47 hingga 52
|
700.00
|
C
|
45 dan 46
|
700.00
|
D / C
|
41 hingga 44
|
250.00
|
D / C
|
31 hingga 40
|
180.00
|
E / D
|
27 hingga 30
|
180.00
|
E
|
21 hingga 26
|
180.00
|
F / E
|
13 hingga 20
|
180.00
|
G
|
1 hingga 12
|
180.00
|
H, I dan J
|
Bilangan Kuarters di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah SPT adalah seperti di Jadual di bawah:
Permohonan Menduduki Kuarters Kerajaan hendaklah mengisi Borang Permohonan Rumah Kerajaan dan disertakan salinan Kad Pengenalan, Slip Gaji dan Sijil Nikah pemohon (bagi yang telah berkahwin). Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, PDTSPT.