Carian ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu hakmilik seperti rekod ketuanpunyaan, urusan-urusan yang didaftarkan serta halangan atau sekatan yang mungkin terdapat padanya. Sebagai contoh, sebelum seseorang membeli sebidang tanah, beliau boleh mendapatkan carian persendirian untuk mengetahui sama ada penjual adalah tuan tanah berdaftar, tanah itu tertakluk kepada kaveat atau perintah larangan atau tanah itu hendak diambil oleh pihak berkuasa negeri.
Carian persendirian boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan mengemukakan no. hakmilik yang lengkap dan menjelaskan bayaran berjumlah RM 30.00 bagi satu hakmilik dan pemohon akan terus menerima maklumat yang dikehendaki.