Carian ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sesuatu hakmilik seperti rekod ketuanpunyaan, urusan-urusan yang didaftarkan serta halangan atau sekatan yang mungkin terdapat padanya.
Carian rasmi memerlukan pemohon mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah yang berkenaan dan menjelaskan bayaran sebanyak RM 40.00.
Berbeza dengan carian persendirian, carian rasmi mempunyai cop dan tandatangan Pendaftar Hakmilik / Pentadbir Tanah.