Untitled Document
 
 
CSS Mac Dock
 
Kembali ke Jabatan Kembali
 :: Pegawai Yang Berkenaan
 Nama Pegawai Telefon Email
Tiada data
 :: Perkhidmatan
 TAJUK : Menguruskan Pengendalian Tempat letak Kereta Dibawah kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang  ( 02/06/2011 )
 KETERANGAN :

 

Menjawab aduan berkaitan dengan Tempat Letak Kereta Majlis Bandaraya Pulau Pinang


 

Orang awam digalakkan supaya membuat aduan kepada MBPP terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MBPP kepada orang awam untuk kemudahan Tempat Letak Kereta dikawasan MBPP.

Melalui aduan yang diterima ini MBPP akan dapat mengenalpasti kelemahan didalam sistem yang digunapakai dan seterusnya dapat membuat penambahbaikan.


 


 


 


 

(i) SISTEM BERTIKET

Dibawah sistem ini Majlis melantik syarikat sebagai Agen Letak Kereta. Oleh yang demikian prestasi sesebuah syarikat akan diukur daripada kepuasan pemandu yang menggunakan perkhidmatan petak letak kereta dikawasan yang dibawah kendalian syarikat berkaitan. MBPP telah menggariskan beberapa syarat dalam kontrak diantara Agen Letak Kereta dengan MBPP. Salah satu daripada syarat adalah bagi setiap kesalahan (berbukti) yang dilakukan oleh Atendan Letak Kereta, Agen berkaitan akan dikenakan denda/markah demerit.

Syarikat yang mengumpulkan markah demerit yang melebihi dari paras yang ditetapkan oleh MBPP akan diberikan satu bulan Notis untuk ditamatkan kontrak.

Kesalahan yang sering dilakukan oleh Atendan Letak Kereta adalah :-

i)Butir-butir ditulis tidak lengkap

ii)Cuba kenakan bayaran lebih

iii)Bersikap kurang sopan dan berkasar dengan pemandu

iv)Tidak mengutip bayaran dari pemandu yang meletak kereta dari kawasan yang lain dalam tempoh perletakkan tujuh (7) hari.


 


 


 

(ii) SISTEM METER

Pemandu diminta melaporkan kerosakan meter di talian yang tertera pada meter sekiranya meter letak kereta pada petak yang pemandu meletakkan kenderaan berada didalam keadaan rosak. Ini adalah untuk mengelakkan pemandu diberikan saman setelah meter berkenaan di baiki oleh kakitangan Majlis.

 :: Muatturun Borang
 Tajuk Keterangan
 Tiada borang untuk dimuatturun
 Capaian Permohonan Atas Talian (Online)
Tiada