a) Setiap permohonan perlu dikemukakan melalui seorang yang bertauliah seperti Jururancang Bandar, Arkitek, Pelukis Pelan Berdaftar, Jurutera atau Jurukur.
b) Permohonan dikemukakan kepada Bahagian Pusat Setempat (One Stop Centre) MPSP beserta dokumen-dokumen berikut:-
i) - Borang A (3 salinan)
ii) - Borang Semakan Permohonan (2 salinan)
iii) - Bayaran proses (plan fees)
iv) - Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) - 15 salinan
v) - Surat pengesahan zoning
vi) - Geran/Suratan Hakmilik - 4 salinan
v) - Surat Kuasa (PA) - Jika berkaitan - 4 salinan
vii) - Resit Bayaran Cukai Tanah Terkini - 4 salinan
viii) - Resit Bayaran Cukai Taksiran Terkini - Jika berkaitan - 4 salinan
x - Pelan susunatur - 30 salinan
c) Bayaran proses (Plan fees)
Setiap permohonan kebenaran merancang akan dikenakan bayaran proses mengikut kadar berikut:-
i) Kediaman
RM 30.00 bagi setiap 100 unit pertama
RM 25.99 bagi setiap 100 unit kedua
RM 20.00 bagi setiap 100 unit yang berikutnya
ii) Perniagaan/industri
RM 4.00 bagi setiap 100kp ruang lantai bangunan
iii) Stesen Minyak
RM 500.00 bagi setiap satu tapak