Tatacara permohonan:
a) Setiap permohonan perlu dikemukakan melalui seorang yang bertauliah seperti Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar
b) Permohonan dikemukakan kepada bahagian Pusat Setempat MPSP (One Stop Centre) beserta dokumen-dokumen berikut:-
i) Borang A (2 salinan)
ii) Borang semakan permohonan
iii) Bayaran Proses
iv) Geran/Suratan Hakmilik (2 salinan)
v) Resit bayaran cukai taksiran terkini
vi) Pelan susunatur (16 salinan)
c) Bayaran Proses
Setiap permohonan tukarguna akan dikenakan bayaran seperti kadar berikut:-
Belum beroperasi - RM 100
Sudah beroperasi - RM 100
d) Kesesuaian bangunan
i) Cadangan tukarguna kepada Tadika, Taska dan Pusat Jagaan melibatkan rumah sesebuah, rumah berkembar dan rumah teres "corner lot" sahaja.
ii) Cadangan tukarguan kepada perniagaan hanya dibenarkan dikawasan-kawasan tertentu yang telah diluluskan oleh Majlis.