Tatacara Permohonan :
a) Setiap permohonan perlu dikemukakan melalui seorang yang bertauliah seperti Arkitek/Jurutera/Pelukis Pelan Berdaftar
b) Permohonan dikemukakan kepada bahagian Pusat Setempat MPSP (One StopCentre) beserta dokumen-dokumen berikut:-
i) Borang A (2 salinan)
ii) Borang semakan permohonan
iii) Bayaran Proses
iv) Geran/Suratan Hakmilik (2 salinan)
v) Resit bayaran cukai tanah/taksiran terkini
vi) Pelan susunatur (20 salinan)
vii) Surat kuasa (PA) jika berkaitan
viii) Salinan permit sementara daripada Jabatan Bangunan (cadangan tukarguna premis kepada rumah burung walet)
xi) Surat pengesahan zoning (cadangan mendirikan rumah burung walet)
c) Bayaran Proses
Permohonan tukarguna akan dikenakan seperti kadar berikut:-
Belum beroperasi - RM 100
Sudah beroperasi - RM 1000
Manakala bagi cadangan mendirikan rumah burung walet bayaran permohonan adalah RM 4.00 bagi setiap 100kp ruang lantai bangunan .
d) Kesesuaian bangunan/kawasan
i) Bangunan mestilah telah mempunyai permit burung walet daripada Jabatan Bangunan.
ii) Bagui cadangan mendirikan rumah burung walet, permohonan ditanah pertanian adalah dibenarkan terhad kepada satu unit sahaja.
* perubahan adalah tertakluk kepada garis panduan KPKT